Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penceraian Fizo Omar dan Mawar Karim. Pasangan tersebut sebelum ini merupakan pasangan selebriti yang dijadikan ikon kepada ramai pihak kerana rancak menjalankan perniagaan bersama sejak awal perkahwinan mereka.

Sebut tentang perniagaan yang mereka jalankan bersama iaitu Fizomawar Kitchen, pasti ramai tertanya-tanya akan hala tuju perniagaan tersebut. Justeru itu,  Mawar telah menjawab persoalan tersebut dalam satu rancangan bual bicara Mingguan Wanita.

Menurut Mawar, tiada sebarang kata putus perihal untuk menukar nama restoran tersebut. Malah, mereka masih berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu.

Tambahnya lagi, jika nama restoran tersebut ingin diubah, mungkin akan diubah menjadi Fizomaryam kerana pangkal huruf ‘M’ itu masih ada dan akan dikekalkan.

Untuk pengetahuan anda, restoran tersebut kini memiliki 2 cawangan iaitu di Bangi dan Kota Bharu, Kelantan. Kita doakan agar urusan Fizo dan Mawar dapat berjalan dengan lancar. Walaupun sudah tidak menjadi suami isteri, tetapi masih lagi dapat mengekalkan hubungan baik sebagai rakan kongsi.