Pada bulan Ramadan ini, selain ke bazar dan berbuka di rumah, ramai orang memilih untuk berbuka di restoran sahaja. Bagi ‘secure’ tempat berbuka, pasti anda akan membuat tempahan terlebih dahulu, bukan?
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @eila_theseafood telah meluahkan kekecewaannya selepas pelanggan membuat tempahan berbuka tapi tidak datang. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pesanan pelanggan yang dikenali sebagai Ayu telah dihidangkan.
@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral
Menurut pemilik restoran, pelanggan tersebut telah membuat tempahan awal berbuka puasa untuk lapar orang tetapi tidak datang. Malah, pihak restoran juga telah cuba menghubungi pelanggan tersebut tetapi tidak dapat dihubungi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan kepada peniaga tersebut. Malah, ada juga netizen mahu membayar makanan yang telah terhidang itu agar peniaga tersebut tidak mengalami kerugian.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pelanggan tersebut yang sanggup menganiayai kedai makan itu. Malah, para netizen juga menasihati peniaga tersebut untuk mengambil wang pendahuluan tempahan dulu untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Cuba Seludup 300,000 Ekor Anak Belut Kaca, 3 Warga Malaysia Ditahan Di Belanda
Wanita Dari Selangor Mahu Pulangkan Perisai Antik Berusia 300 Tahun Kepada Sultan Brunei
Bermula Dengan Van RM200, Dua Gadis Ini Kini Mampu Buka Kedai Kopi Berkonsep Minimalis