Bekerja di industri ‘food & beverage’, retail dan perkhidmatan pelanggan bukanlah mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Terbaharu, beberapa video yang memaparkan situasi pelanggan mengamuk di sebuah kedai kopi terkenal, Zus Coffee telah menjadi bualan ramai apabila video TikTok itu dikongsikan kembali di media sosial.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, pelanggan itu telah membeli Americano panas dan mempersoalkan saiz cawan yang diterimanya dengan nada marah. Oleh itu, supervisor kedai kopi itu telah menerangkan secara baik dan meminta maaf kepada pelanggan tersebut dengan menegaskan memang hanya miliki 1 saiz cawan sahaja.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen ‘backup’ wanita itu dengan mengatakan mereka faham akan perasaannya serta memintanya untuk bersabar kerana memang pelanggan memiliki pelbagai ragam.

https://twitter.com/missailormars/status/1617899234539474947

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan memang setiap kedai kopi mempunyai SOP sendiri dan tidak semua sama. Bagi mereka yang pernah beli minuman di Zus Coffee, pasti tahu saiz cawan memang sama dan standard.

Malah, rata-rata netizen juga memuji kesabaran wanita itu berdepan dengan pelanggan tersebut. Hasil tinjauan kami mendapati, pemilik asal video tersebut telah bertindak memadamkan video itu.