Rangkaian jenama kopi tempatan terkenal, ZUS Coffee mengumumkan penutupan operasi selama satu hari pada Khamis ini, 23 Oktober 2025.
Menerusi satu kenyataan rasmi dikongsikan, ZUS Coffee mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan sokongan kepada semua 999 cawangan.
Baca Juga:
- ZUS Coffee Dalam Misi Takluk Asia Tenggara Pula

- ‘ZUS Coffee Lebih Bagus Daripada Starbucks’ – Peminat Kopi Di Filipina

- Netizen Puji Zus Coffee Hantar Email Minta Maaf Naikkan Harga 30 Sen

Penutupan satu hari itu bagi meraikan pembukaan cawangan yang ke-1,000.
“Setiap satu daripada 999 cawangan kami wujud kerana anda — para Zuristas, pelanggan setia, pasukan hebat dan rakan kongsi kami. Anda semua telah membina jenama ini bersama kami, secawan demi secawan.
“Namun sebelum kami membuka cawangan ke-1,000, kami ingin bercuti seketika untuk menghargai sejauh mana perjalanan ini telah membawa kami.
“Jadi ya, kami akan tutup! Tapi hanya untuk satu hari sahaja (23 Oktober 2025) — bagi meraikan pencapaian cawangan ke-1,000 ini, bersama semua yang menjadikannya kenyataan.
“Pencapaian ini adalah milik anda semua yang pernah menjadi sebahagian daripada ZUS Coffee.
“Dan sudah tentu, kami tidak melupakan anda. Sesuatu yang istimewa bakal menanti anda! Atau lebih baik lagi — beritahu kami bagaimana anda mahu meraikannya bersama. Mana tahu, kami mungkin benar-benar melakukannya,” kata ZUS Coffee.
Senarai cawangan ZUS Coffee dibuka pada 23 Oktober 2025
Dalam pada itu, ZUS Coffee menyenaraikan beberapa cawangan yang dibuka pada hari tersebut.
Tutup selepas pukul 6 petang
1. 1 Utama Shopping Centre
2. Aurelius Hospital Negeri Sembilan
3. Kompleks SOGO, Kuala Lumpur
4. KPJ Ipoh Specialist Hospital
5. Mid Valley Megamall
6. Pavilion Bukit Jalil
7. Plaza Shah Alam
8. Sungei Wang Plaza
9. Sunway Giza Mall
10 .Sunway Kluang Mall
11. Sunway Pyramid
12. Sunway Velocity Mall
13. Suria KLCC
14. The Exchange TRX
15. The Mall Mid Valley Southkey
16. ZUS, Coffee Meets Pastry – 1 Utama Shopping Centre
17. Alamanda Shopping Centre
Beroperasi seperti biasa
1. Domestic Departure Gate A Terminal 1 KLIA [6 pagi-11.40 malam]
2. Johor Premium Outlets (Food Court) [10 pagi-9.40 malam]
3. Langkawi International Airport (Food Garden) [7 pagi-9.40 malam]