Anda yang kaki kopi mesti perasan ada ‘sesuatu’ yang comel tengah viral dan mencuri tumpuan netizen di media sosial kebelakangan ini.

Betul, ZUS COFFEE kini tampil dengan kolaborasi luar biasa bersama GrabFood menerusi pengenalan karakter eksklusif comel yang dinamakan GRAB BUDDY.

Bukan setakat boleh dibawa pulang, malah ‘si hijau’ ini juga sedia menanti anda dalam saiz gergasi di sekitar kota!

Bukan Sekadar Comel, Ada Mesej Mendalam Yang Mahu Disampaikan

Lembah Klang ‘Diserang’ Gergasi Hijau Comel, Ini Kisah Di Sebalik GRAB BUDDY Kolaborasi ZUS COFFEE x GrabFood

Bagi yang belum tahu, GRAB BUDDY ini sebenarnya adalah sebahagian daripada koleksi ‘Work in Progress’ oleh ZUS COFFEE. Kehadiran karakter ini bukan sekadar hiasan kosong, tetapi ia membawa simbolik yang sangat bermakna.

Ia dicipta khas sebagai tanda penghormatan kepada ‘wira harian’ kita iaitu para rider penghantar makanan yang bekerja tanpa penat lelah dalam apa jua cuaca demi memastikan kopi kegemaran anda sampai ke tangan tepat pada masanya.

Sebab itu juga, GRAB BUDDY gergasi ini ‘turun padang’ dan ditempatkan di kawasan tumpuan warga kerja. Ia bertindak sebagai friendly reminder untuk anda yang tengah stres menghadap kerja pejabat supaya berhenti sejenak, ambil nafas, layan kopi, dan kembali bertenaga because kita semua ni ‘Work in Progress’.

Lembah Klang ‘Diserang’ Gergasi Hijau Comel, Ini Kisah Di Sebalik GRAB BUDDY Kolaborasi ZUS COFFEE x GrabFood

Buat anda yang nak lari sekejap daripada tekanan kerja dan nak cari bahan konten menarik untuk TikTok atau Instagram Reels, anda boleh terjah 7 lokasi GRAB BUDDY gergasi ini berada sehingga 5 Julai ini:

  1. Citta Mall
  2. NU Sentral
  3. UOA Bangsar
  4. SOGO
  5. Bangunan Getah Asli
  6. Sunway Velocity TWO
  7. Uptown Damansara

Ini Cara Dapatkan Versi Mini Secara PERCUMA!

Lembah Klang ‘Diserang’ Gergasi Hijau Comel, Ini Kisah Di Sebalik GRAB BUDDY Kolaborasi ZUS COFFEE x GrabFood

Alang-alang bergambar dengan yang saiz gergasi, mesti rasa geram dan nak bawa balik satu untuk hias meja kerja atau meja belajar kan?

Langkahnya cukup mudah sahaja. Anda tak perlu pening kepala berteka-teki mendapatkan blind box yang diingini atau beli secara berasingan sebab patung eksklusif ini diberikan secara PERCUMA dan setiap pelanggan akan mendapat rekaan comel yang sama!

Anda hanya perlu memesan minimum 3 cawan handcrafted drinks atau seleksi makanan terpilih daripada ZUS COFFEE menerusi GrabFood.

Oh ya, promosi ini hanya sah untuk pembelian menerusi GrabFood sahaja. Pembelian secara GrabFood Pick-Up atau terus di kaunter (in-store) tidak layak untuk menerima patung ini.

Sambil layan kopi atau kudapan untuk hilangkan mengantuk petang-petang, anda boleh pilih mana-mana menu ini untuk cukupkan syarat penebusan:

Lembah Klang ‘Diserang’ Gergasi Hijau Comel, Ini Kisah Di Sebalik GRAB BUDDY Kolaborasi ZUS COFFEE x GrabFood

  1. Iced Spanish Latte
  2. Iced / Hot CEO Latte
  3. Iced Matcha Latte
  4. Iced Jasmine Milk Tea
  5. Cheesy Sausage Roll
  6. Tom Yum Tuna Roti Canai Wrap
  7. Rendang Roti Canai Wrap

Jom pakat dengan geng pejabat atau kawan study anda untuk order hari ini juga sebelum stok habis!

Mekanik promo mungkin berbeza, jadi pastikan anda menyemak laman sosial ZUS Coffee dan Grab dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut!