Rangkaian kopi popular tanah air, ZUS Coffee, mengumumkan penamatan jualan bagi beberapa pilihan minuman kegemaran pelanggan berkuat kuasa 30 Ogos.
Pengumuman ini memberi peluang terakhir kepada para penggemar untuk menikmati kelazatan menu-menu berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara rasmi daripada senarai jualan.
Senarai Minuman ZUS Coffee Yang Bakal Ditamatkan
Berikut merupakan senarai menu yang akan ditamatkan jualan:
1. Thunder
2. Pink Black
3. Zirty Latté
4. Iced/Hot Watermelon Latté
5. BB Watermelon Berry Refresher
6. Watermelon Frappé
7. Iced Spanish Banana Latté
8. Strawberry Banana Frappé
9. Bananabae
10. Siri Corn (Corn Series)
11. Mango Frappé & Mango Spanish Frappé
12. Iced/Hot Shaken Tahitian Lime Refresher
13. Matcha Lemonade
Dapatkan Sebelum 30 Ogos
Para pelanggan yang ingin melepaskan rindu atau menikmati minuman ini buat kali terakhir dinasihatkan membuat pesanan di mana-mana cawangan ZUS Coffee atau menerusi aplikasi rasmi mereka sebelum tempoh jualan berakhir pada 30 Ogos ini.