Jika anda melayar platform Threads secara spesifiknya, muncul beberapa perbincangan menarik tentang sebuah aplikasi unik di mana dibina untuk membantu orang yang cacat penglihatan.

Aplikasi yang dimaksudkan itu adalah Bemyeyes, cukup mendengar namanya sudah cukup memberi gambaran fungsinya yang mana menjadi “mata” buat mereka yang memerlukan.

Be My Eyes merupakan sebuah inovasi digital luar biasa yang berfungsi sebagai “jambatan kemanusiaan” antara golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan dengan masyarakat dunia.

Dilancarkan sejak tahun 2015 oleh Hans Jørgen Wiberg, aplikasi percuma ini menghubungkan pengguna yang memerlukan bantuan visual dengan lebih daripada 7 juta sukarelawan di seluruh dunia melalui panggilan video secara langsung.

Menariknya, seorang sukarelawan Malaysia berkongsi pengalamannya sendiri pernah berkhidmat untuk orang kelainan upaya penglihatan menerusi aplikas tersebut.

Aplikasi Jadi 'Mata' Untuk Golongan OKU, Kisah Wanita Mahu Ke Temuduga Ini Runtun Hati Netizen
Sumber Gambar: Threads

Namun satu kisah yang cukup meruntun hatinya tentang seorang wanita yang buta meminta bantuan untuk memberi nasihat pakaian yang bersesuaian untuk ke temuduga.

Difahamkan dia sangat gembira mendapat tawaran kerja dari sebuah program khas namun tidak yakin dengan penampilannya barangkali.

Lelaki itu langsung bertanya kepada wanita itu jika dia mempunyai kenalan wanita kerana dia kurang arif tentang etika pemakaian yang sesuai untuk acara formal.

Namun tidak mengalah kerana wanita itu mendakwa hampir majoriti panggilan dijawab oleh jantina lelaki, maka dia sedia membantunya dengan sedaya upaya termasuk menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan padanan yang profesional untuk temuduga berkenaan.

Akhir kata wanita itu telah meruntun hatinya yang berkata “ending dia ckp “terima kasih cik, rasa mcm ckp dgn kawan perempuan” tp nada sebak la..”. Lalum lelaki itu mendoakan dia agar mendapat pekerjaan yang diidamkan dan rakan wanita yang baik.

Dalam pada itu, dia berkongsi serba sedikit bagaimana aplikasi BeMyEyes berfungsi susulan pernah menjadi pengguna tegar.

Berdasarkan pencarian, Aplikasi BeMyEyes ini menyokong sistem operasi peranti berasaskan Android, iOS dan Windows.

1. Anda bakal menerima panggilan secara rawak pada bila-bila masa dan anda boleh memilih untuk menerimanya atau membiarkan sahaja.

Hal ini kerana panggilan itu akan diangkat oleh sukarelawan lain yang mempunyai kelapangan masa dan sedia berkhidmat pada ketika itu.

2. Panggilan yang dibuat adalah dalam bentuk video kerana anda yang akan menjadi mata buat si pemanggil yang kelainan upaya.

3. Selain itu, anda tidak boleh menyemak semula rekod panggilan yang pernah dibuat dan pesannya ada yang memang tidak pernah mendapat panggilan hanya perlu bersabar kerana panggilan masuk dibuat secara rawak.

Perkongsian lelaki itu langsung membuka mata orang ramai tentang aplikasi yang sangat berguna dalam membantu insan lain yang memerlukan bantuan secara langsung di dunia sebenar.

Aplikasi Jadi 'Mata' Untuk Golongan OKU, Kisah Wanita Mahu Ke Temuduga Ini Runtun Hati Netizen
Sumber Gambar: Threads

Kisah lain yang pernah kami pernah lihat yang dikongsikan oleh pengguna tempatan seperti pernah membantu seorang pak cik mengendalikan alat kawalan penghawa dingin dan ada juga menanyakan tentang label stok makanan.