Sejak mulai dilancarkan, Apple telah memperkenalkan Apple Watch Ultra sebagai sebuah jam tangan yang lasak serta memfokuskan kepada mereka yang aktif bersukan termasuk peminat aktiviti skuba di mana pengguna turut berpeluang menggunakannya sehingga kedalaman 40 meter.

Terbaharu, Apple telah melancarkan aplikasi Oceanic+ bagi Apple Watch Ultra yang membolehkan pengguna melihat maklumat melibatkan kedalaman selaman serta maklumat suhu air sekeliling.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, aplikasi ini turut disertakan dengan kompas bagi memudahkan penyelam melihat arah tuju serta arus air di kawasan sekeliling.

Untuk pengetahuan, aplikasi ini sedia ditawarkan secara percuma walau bagaimanapun, lebih banyak ciri sedia ditawarkan buat pengguna premium dengan langganan bermula daripada $5 (~RM22.36) sehari, $10 (~RM44.72) sebulan dan $80 (~RM357.76) setahun.