Ura-ura tentang kehadiran Iphone bersaiz 4 inci semakin hangat dibincangkan akhir – akhir ini.

Pihak Apple kemungkinan akan mengumumkan 2 peranti utama mereka iaitu Ipad Air 3 dan Iphone terbaharu yang dipercayai akan diberikan nama Iphone 5se pada 15 March ini.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Apple Bakal Hadir Dengan Iphone Bersaiz 4 Inci dan Ipad Air 3 Pada 18 Mac Ini

Berita ini semakin hangat dibincangkan apabila laman web 9to5Mac mengumumkan Apple bakal menjual 2 peranti seawal 18 Mac 2016 iaitu seawal 3 hari selepas pelancaran.

Baca: Apple Sedang Membangunkan iPhone ‘5se’ 4-Inci

Iphone 5se yang dipercayai diambil nama daripada Iphone 5 Special Edition itu bakal hadir dengan skrin bersaiz 4 inci dan bakal mempunyai spefikasi seakan akan Iphone 6 termasuk fungsi Apple Pay.

Ipad Air 3 bakal hadir dengan saiz skrin 9.7 inci serta bakal mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Ipad Air Pro termasuk kedudukan speaker pada Ipad tersebut.

Kami percaya produk ini akan hadir dengan kurang hype jika nak dibandingkan dengan pengumuman flagship Iphone seperti sebelum sebelum ini. Iphone 5se juga kemungkinan akan menggantikan penjualan Iphone 5c sebelum ini.

Setakat ini belum ada pengumuman atau jemputan rasmi daripada pihak Apple meskipun bulan Mac akan tiba tidak lama lagi.

Baca lagi: Apple Secara Rahsia Sedang Membina Peranti Ini

Sumber