Semakin kita mendekati bulan September, semakin banyak ura-ura tentang peranti Apple. Sebelum ini kami bincangkan tentang kehadiran Macbook Pro yang bakal hadir dengan rose gold dan lebih nipis.

Dikhabarkan Apple sekali lagi bakal mengumumkan warna baru iaitu ‘Deep Blue’ untuk iPhone. Warna ‘Deep Blue’ ini juga bakal menggantikan warna ‘Space Grey’ yang sebelum ini sudah menjadi warna kegemaran buat kebanyakan lelaki yang memiliki iPhone.

17168-14406-160609-iPhone-l (1)

Apa yang membuatkan ura-ura ini boleh dipercayai adalah perkara ini dilaporkan oleh laman web Mac Otakara. Laman web yang sebelum ini pernah melaporkan ura-ura dengan tepat. Jika perkara ini disahkan benar, iPhone 7 bakal hadir dengan 4 warna iaitu ‘Rose Gold’, ‘Gold’, ‘Silver’ dan ‘Deep Blue’. Oh ya, sudahkah anda tahu iPhone 7 juga kemungkinan besar tidak akan hadir dengan headphone jack?

Dalam pada itu, Apple bakal mengadakan acara WWDC 2016 pada 13 June ini. Acara ini merupakan platform Apple mengumumkan beberapa perkara baru mengenai OS terbaru buat peranti keluaran mereka. Pengumuman MacOS antara salah satu daripadanya.

Khas buat anda yang peminat tegar iPhone, adakah anda akan membeli iPhone 7 bewarna ‘Deep Blue’ untuk kelihatan baru dan ‘rare’?

Sumber