Apakah lagi masa terbaik buat Apple untuk meningkatkan penjualan selain daripada sekarang. Apple baru sahaja melancarkan Apple iPhone dan masih ‘hype’ ketika ini manakala Samsung pula terpaksa menanggung rugi akibat telefon flagship iaitu Samsung Galaxy Note 7 yang terlibat dengan masalah letupan.

Sejak 2014, penjualan iPhone semakin meningkat di Korea dan sedikit sebanyak telah menganggu penjualan produk keluaran Korea sendiri. Ditambah pula dengan masalah yang menghantui Samsung, dijangka penjualan iPhone 7 bakal mengatasi penjualan mode iPhone yang telah terjual sebelum ini.

5208473826_c64fb1e000_o

Apple ternyata tidak berpuas hati setakat itu sahaja, dilaporkan Apple bakal membuka Apple Store bersebelahan dengan headquarters Samsung. Jika benar kemungkinan kita akan dapat melihat permusuhan yang lebih tegang buat kedua-dua syarikat ini.

Apakah pendapat anda? adakah pembangunan Apple Store di Korea ini sudahpun dirancang oleh Apple atau sekadar sebuah kebetulan untuk meningkatkan populariti syarikat ini.

Sumber