Jika anda mengikuti perkembangan semasa, trend terkini memperlihatkan penurunan jumlah pengeluaran telefon pintar global yang agak drastik untuk semua jenama. Malah, Tim Cook sendiri mengatakan permintaan untuk iPhone dijangka menurun pada tahun ini.
Walaubagaimanapun, firma Counterpoint telah menerbitkan satu laporan yang meramalkan Apple akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia sepanjang tahun 2023.
Baca Juga:
- Apple Store Malaysia Bakal Dibuka Seawal Februari 2024
- Apple Dijangka Perkenalkan Model iPhone ‘Ultra’ Dengan Harga Lebih Mahal Pada Tahun Hadapan
- Apple Dijangka Tawarkan iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Tahun Hadapan
Ramalan ini bakal menjadi kenyataan sekiranya Apple berjaya menggelakkan isu pengeluaran siri iPhone 15 tahun ini bagi memenuhi keperluan pengguna. Isu yang sama tahun lalu bakal menjejaskan jualan iPhone pada suku ke-4 2023.
Bagaimanapun, pengeluaran telefon pintar tahun 2023 akan mencapai tahap terendah sejak 2013 dengan penyusutan 6% berbanding 2022. Sekitar 1.15 bilion telefon pintar diramalkan dikeluarkan tahun ini berbanding 1.32 bilion telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun 2014.
Pasaran Asia (tidak termasuk India dan China), Amerika Utara dan China menjadi faktor pendorong utama pengeluaran telefon pintar yang lebih rendah tahun ini. Walaupun pandemik pada ketika ini sudah berakhir, jualan telefon pintar belum pulih kerana ekonomi global yang masih belum pulih.
Para pengguna dilihat lebih cermat dalam berbelanja yang mana termasuklah kurang pembelian berkaitan gajet. Hal ini secara langsung menjejaskan prestasi syarikat-syarikat gergasi di luar sana.