Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu, nampaknya ura-ura mengenai model yang bakal dilancarkan pada tahun 2024 sudahpun dibincangkan.

Menerusi laporan daripada Bloomberg, difahamkan sebanyak tiga model baharu bakal diumumkan pada tahun hadapan terdiri daripada Apple Macbook Air, iPad Air dan juga iPad Pro.

Baca Juga:

Dijangkakan iPad Air dan iPad Pro yang bakal dilancarkan bakal ditawarkan dengan skrin OLED bersaiz sekitar 11-inci ke 13-inci serta menggunakan cip Apple M3. Sokongan kepada Magic Keyboard dan Apple Pencil antara yang bakal ditawarkan.

Sementara itu, Apple MacBook Air dijangka bakal hadir dengan pengguna cip Apple M3 serta bakal hadir dengan dua saiz iaitu 13-inci dan 15-inci. Sama-sama kita nantikan pelancaran serta harga yang bakal diumumkan bagi model yang dinanti-nantikan orang ramai ini..

Sumber