Touch ID merupakan salah satu ciri akses yang diminati oleh sebahagian pengguna iPhone. Ciri ini dilihat jauh lebih pantas untuk mengakses sesuatu berbanding menggunakan Face ID lebih-lebih lagi sewaktu pandemik lalu.
Walaupun sebelum ini sudah kedengaran ura-ura Apple sedang menguji mengembalikan semula sistem Touch ID pada iPhone kelak. Menurut laporan terkini Bloomberg, Mark Gurman mengatakan Apple tidak merancang untuk mengembalikan Touch ID dalam masa terdekat.
Baca Juga:
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Sistem Touch ID di bawah skrin dan pada butang kuasa telah diuji tetapi pada ketika ini yang mana hanya menggunakan Face ID pada iPhone seterusnya. Perkara ini pasti mengecewakan mereka yang lebih menggemari sistem Touch ID. Imbasan cap jari sudah terbukti lebih praktikal dan pantas di dalam senario seharian.
Setakat ini, hanya model iPhone SE yang masih menawarkan sistem Touch ID buat peminatnya. Namun, perkara ini mungkin berubah pada masa kelak kerana Apple mungkin akan menggunakan rekaan badan iPhone XR untuk generasi ke-empat model SE akan datang.