Memiliki majikan yang menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan insurans sememangnya satu kelebihan buat anda.
Hal ini kerana kos perubatan semakin hari menjadi mahal dan sangat mustahil untuk kita sanggup gunakan wang sendiri jika bil mencecah ribuan ringgit.
Baca Juga:
- Dakwa Rawatan Hospital Kerajaan Lambat, Syarikat Insurans Bakal Ambil Tindakan Terhadap Ejen
- ‘Akak Insurans’ Tak Wujud, Wanita Ini Rugi Lebih RM90,000 Ditipu Sejak 2012
Namun begitu, memandangkan anda telah mempunyai perlindungan insurans yang disediakan majikan, jadi anda rasa tidak ada apa lagi yang perlu bimbang lagi kan?
Dalam menjawab persoalan tersebut, kami mendapatkan pandangan daripada seorang wakil konsultan AIA yang dikenali sebagai Tuan Zaidi Nordin di mana beliau sudah berkecimpung dalam bidang insurans perubatan selama bertahun-tahun.
Bagi beliau, insurans peribadi dan yang disediakan oleh syarikat adalah dua perkara berbeza walaupun mempunyai fungsi yang sama. Ramai menyangka dengan adanya kelebihan caruman insuran yang dilakukan oleh syarikat sudah memadai.
Selepas itu, beliau berkongsi beberapa perbezaan yang terdapat pada insurans yang disediakan oleh syarikat atau pun dipanggil sebagai kelompok berbanding insurans peribadi.
Perbezaan pertama untuk insurans yang di sedia kan syarikat ataupun dipanggil sebagai insurans kelompok mempunyai manfaat untuk pesakit luar (rawatan yang tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital) seperti demam biasa, batuk, selesema dan alahan.
Manakala, insurans peribadi lebih kepada manfaat sakit kritikal yang memerlukan jumlah rawatan yang besar seperti kanser, sakit jantung dan paru paru berair.
Tetapi ada juga pelan insurans peribadi yang menyediakan manfaat pesakit luar contohnya di AIA ada perlindungan yang melindungi pesakit luar untuk kes bronchitis, influenza, denggi dan kemalangan.
Perbezaan kedua ialah selalunya syarikat hanya mengambil plan perlindungan yang rendah seperti RM30,000 setahun sahaja. Dengan jumlah perlindungan yang sedikit jika nak dibandingkan dengan insuran peribadi yang menawarkan perlindungan sebanyak RM 180,000 ke RM2 juta.
Ia merupakan satu jumlah yang sangat sedikit dan sangat tidak mencukupi untuk sesetengah penyakit kritikal atau kronik.
Perbezaan ketiga ialah pemohon insurans yang dah mengalami penyakit sedia ada masih boleh claim bagi insuran kelompok manakala insurans peribadi tidak menerima atau menolak permohonan bagi orang yang sudah menghadapi sakit sedia ada
Dalam pada itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebab anda disarankan mengambil insurans peribadi walaupun sudah memiliki perlindungan berkumpulan menerusi caruman syarikat masing-masing.
1. Anda tidak berkhidmat di sesebuah syarikat untuk seumur hidup
Setiap pekerja ada potensi sama ada diberhentikan atau menhantar sendiri surat berhenti. Antara faktor diberhentikan ialah kerana syarikat ingin mengurangkan kos perbelanjaan syarikat manakala antara faktor pekerja berhentikan ialah gaji tidak mencukupi dan mandat dari syarikat semakin berkurangan.
2. Tukar bidang kerja
Tidak ramai individu yang mampu bertahan lama untuk satu syarikat sepanjang hayat. Kebanyakan akan berpindah ke syarikat lain untuk kenaikan pangkat dan mendapatkan kenaikan gaji.
Kemungkinan syarikat baru tiada manfaat kad perubatan atau memberikan manfaat yang rendah.
3. Pelan berkelompok mempunyai ‘coverage’ yang terhad
Berbanding pelan individu, pelan perlindungan perubatan berkelompok secara amnya mempunyai limit tahunan yang lebih rendah. Ini bermakna, jumlah perlindungan perubatan berkumpulan adalah lebih sedikit, dan secara tidak langsung mungkin tidak mampu menanggung kos rawatan anda secara keseluruhan.
Kebiasaannya, insuran berkumpulan yang syarikat yang disediakan tidak melebihi RM30,000 untuk tahunan, jadi terdapat kemungkinan anda perlu mengeluarkan wang simpanan peribadi bagi menampung baki kos pembedahan atau perubatan yang dikenakan.
4. Pelan tidak fleksibel
Untuk insuran berkumpulan, semua orang akan menerima liputan perubatan yang sama tidak kira umur atau tahap kesihatan. Sedangkan setiap individu memiliki tubuh badan dan rekod perubatan yang berbeza sekaligus memerlukan perlindungan yang lebih spesifik
Bagi pelan individu pula, anda memiliki fleksibiliti dalam mendapatkan liputan yang lebih spesifik berdasarkan tahap kesihatan tubuh badan dan rekod perubatan peribadi. Jadi, anda bakal mendapat perlindungan dan manfaat seperti pampasan atau perubatan susulan secara menyeluruh.
5. Sementara masih sihat
Sebenarnya masih ramai di luar sana tidak tahu syarikat insurans tidak menerima permohonan orang yang dah ada penyakit Kritikal. Permohonan insurans akan lulus jika pemohonan bebas dari sebarang penyakit dan mempunyai BMI yang normal.
6. Tempoh menunggu @waiting period
Ramai yang tidak tahu bahawa insurans peribadi mempunyai tempoh menunggu (Waiting Period). Insurans peribadi miming dah ditetapkan oleh bank negara bagi semur company insurans di Malaysia.
Tempoh menunggu untuk kes kemalangan adalah 24 jam selepas polisi berkuat kuasa, manakala sakit kritikal selepas 120 hari polisi berkuat kuasa. Akan terapi, jika polisi masih di bawah 2 tahun, semua syarikat insurans berhak untuk menyemak sama ada penyakit yang dihadapi ada sebelum atas selepas mengambil insurans peribadi
7. Pelepasan cukai sehingga RM3,000
Ini adalah bonus, sekiranya pendapatan tahunan anda adalah RM34,000 setahun atau kira-kira RM2,833.33 sebulan (selepas ditolak EPF), anda wajib untuk memfailkan cukai pendapatan. Ia sudah tentulah bukan satu perkara yang digemari.
Tetapi untuk pengetahuan anda, terdapat cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan pembayaran cukai iaitu dengan mendapatkan insurans perubatan. Dengan membeli insurans ini, anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000!
Konklusinya, pelan insuran yang disediakan oleh tempat kerja anda masih belum memadai untuk menampung keperluan kesihatan di masa kelak. Jadi, ada baiknya anda membeli insurans peribadi sebagai persediaan awal dan juga mendapat manfaat untuk diri sendiri juga.
Bagi anda yang masih belum memiliki pelan insurans peribadi, bolehlah mula menyelidik pilihan-pilihan polisi yang ada di dalam pasaran. Lebih awal anda dapatkan insurans, maka lebih murah harga caruman bulanan anda terutamanya di usia muda.
Anda boleh berhubung dengan Tuan Zaidi Nordin menerusi akaun X @zaidi_boleh untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelan insurans berbaloi yang ditawarkan oleh syarikat penyedia AIA.