Awal pagi tadi telah menyaksikan Apple telah melancarkan siri iPhone 15. Siri iPhone 15 yang dilancarkan terdiri daripada empat model iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.

Dalam pada itu, siapa sangka di saat pesaing mereka iaitu telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android sudah menggunakan RAM sehingga 16GB/24GB, Apple pula baru sahaja memperkenalkan iPhone dengan RAM 8GB menerusi model iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.

Baca Juga:

Meskipun tidak diumumkan secara rasmi menerusi acara Apple pagi tadi, pendedahan ini telah dikongsikan oleh MacRumors yang di mana pihak mereka telah mencuba serta menyelidik sendiri jumlah RAM yang tersedia pada model terbaru ini.

Sementara itu, iPhone 15 dan 15 Plus masih lagi dibekalkan dengan 6GB RAM. Walaupun ditawarkan dengan jumlah RAM yang lebih rendah berbanding telefon pintar Android, prestasi yang ditawarkan pada Apple sememangnya lebih pantas dan lancar berbanding sejumlah besar telefon pintar Andoird di pasaran.