Apple baru sahaja mengumumkan siri iPhone 15 yang terdiri daripada empat model iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.

Pengumuman pelancaran iPhone 15 Pro Max sekaligus menolak kemunculan iPhone 15 Ultra mengikut ura-ura sebelum ini.

Model ini ditawarkan dengan cip Apple A17 Pro yang menjanjikan kuasa pemprosesan yang lebih pantas dan lancar, kamera 48-megapixel, kerangka titanium dan juga sokongan pengecasan USB-C.

Dari segi harga, model ini sedia ditawarkan pada harga RM6,499 bagi ruang storan 256GB manakala model dengan ruang storan 1TB hadir dengan tanda harga mencecah RM8,499. Adakah anda sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya?