Selepas beberapa perbincangan diantara Syarikat Apple bersama Kerajaan India, dijangka India bakal menjadi hub terbaru buat Apple menghasilkan iPhone.

Dikatakan pemilihan lokasi Bangalore di India sebagai kilang pemasangan baru Apple bakal memberi peluang buat Apple menawarkan Apple iPhone yang lebih rendah buat pengguna. Hal ini berikutan kos tenaga kerja di India yang sedikit rendah berbanding kilang pemasangan Apple di China.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Selain itu, penghasilan iPhone di India memberi lesen buat Apple untuk menjual iPhone dengan lebih banyak memandangkan Kerajaan India menghalang penjualan iPhone refurbish di dalam negara tersebut.

Apple Mahu iPhone Terbaru Dipasang Di India Bermula Tahun Hadapan
Tim Cook semasa di India

Untuk pengetahuan anda, Foxconn masih lagi bekerjasama bersama Apple untuk menghasilkan iPhone. Iniasiatif Apple untuk memilih India sebagai hub terbaru tampak lebih mudah memandangkan Syarikat Foxconn selaku syarikat yang menghasilkan iPhone sudah mempunyai kilang di India.

Tidak hairanlah Apple memilih Foxxconn India memandangkan 2 jenama smartphone yang menawarkan harga yang rendah iaitu Xiaomi dan OnePlus juga dihasilkan pada negara yang sama.

Apple Mahu iPhone Terbaru Dipasang Di India Bermula Tahun Hadapan
Untuk pembeli iPhone 2017, ayat diatas mungkin tidak lagi sama

Setakat ini perbincangan diantara wakil Apple bersama kerajaan India masih diteruskan memandangkan pengeluaran Apple iPhone yang banyak bakal memberi impak pada negara mereka. Jika semuanya berjalan lancar, bukan sahaja iPhone, malah Apple iPad juga bakal dihasilkan di India sekitar Apple 2017.

Adakah Apple iPhone terbaru bakal dijual dengan harga lebih rendah? Sama-sama kita nantikan.

Baca lagi: 3 Perkara Anda Boleh Jangkakan Sempena Apple iPhone Terbaru

Sumber