Apple sememangnya terkenal dengan jenamanya yang premium serta menawarkan produk dengan harga yang sedikit mahal berbanding mahal berbanding pesaing.

Menerusi acara Worldwide Developers Conference baru-baru ini, Apple telah memperkenalkan generasi terbaru Mac Pro yang sudah lama dinantikan peminat Apple dengan harga bermula daripada $6,000 (RM25,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
apples-new-6000-mac-pro-is-a-monster-of-a-computer-inside-an_xaye
Sumber: Gulflance

Model ini disasarkan buat para video editor serta mereka yang kerap menyunting video serta kerap melakukan kerja-kerja melibatkan rendering. Lebih menarik, Apple turut menawarkan pilihan dimana para pelanggan berpeluang memilih spesifikasi yang dihajati sebelum mendapatkannya.

Menurut The Verge, para pengguna berpeluang mendapatkan spesifikasi Apple Mac Pro beserta aksesori melibatkan monitor Apple Pro Display XDR, Apple Pro Stand beserta sejumlah software dengan harga keseluruhan mencecah $51,948.88 (RM216,548).

mac-pro-2019-hands-on-10

Sememangnya sebuah harga yang premium ditawarkan Apple buat mereka yang mahukan terbaik pada Apple Mac Pro mereka. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana prestasi Apple Mac Pro dengan spesifikasi tertinggi mampu beraksi berbanding model dengan harga permulaan.

Sumber