Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Apple sedia melancarkan MacBook Air dengan saiz skrin berukuran 15.3-inci. Dari segi rekaan ia mengekalkan rekaan MacBook Air 13-inci sebelum ini tetapi dengan skrin yang lebih besar.

Bukan itu sahaja, MacBook Air 15-inci ini juga dilengkapi dengan cip terkini yang bakal menawarkan prestasi yang cukup hebat menerusinya. Ini spesifikasi yang ditawarkan melalui MacBook Air terbaharu yang anda perlu ketahui.

Baca Juga:

MacBook Air 15-inci

Sumber Gambar: Aplle

Menurut Apple, MacBook Air 15-inci ialah komputer riba 15-inci yang paling nipis di dunia dengan ia hanya setebal sekitar 11mm. Kini dilengkapi dengan cip Apple M2, memori sehingga 24GB dan storan sehingga 2TB. Cip Apple M2 ini hadir dengan CPU 8 core dan GPU 10 core.

Dari segi penawaran port untuk kegunaan seharian, MacBook Air ini dilengkapi port pengecasan MagSafe, dua USB-C Thunderbolt dan satu bicu audio. Sistem imbasan Touch ID terbina pada butang kuasa bagi tujuan sistem keselamatan biometri.

Sumber Gambar: Apple

Seperti model MacBook Air sebelumnya, MacBook Air 15-inci ini juga tidak mempunyai sistem penyejukan aktif. Kamera yang tersedia pula mempunyai sokongan 1080P yang memberikan paparan visual yang baik bagi kegunaan video call.

Bagaimanapun, kini hadir dengan sistem audio dengan enam speaker bersama papan kekunci Magic Keyboard. Dari segi bateri pula, MacBook Air ini mampu beroperasi sehingga 18 jam lamanya. Anda juga boleh mendapatkan MacBook Air ini dalam empat pilihan warna iaitu Midnight, Space Gray, Starlight dan Silver.

Buat pasaran Malaysia, harga jualan Apple MacBook Air 15-inci ini ditawarkan bermula RM6,199 untuk umum dan RM5,729 untuk pelajar.

Sumber