Beberapa hari lalu peminat Manchester United dikejutkan dengan berita pemilik Manchester United yang memaklumkan sedia menjual kelab tersebut. Pengumuman tersebut turut dikejutkan lagi apabila pemain popular, Cristiano Ronaldo ditamatkan kontrak dengan persetujuan bersama.
Belum genap seminggu kelab Manchester United diumumkan sedia dijual, beberapa individu terkaya dunia antara yang turut berminat untuk mendapatkan kelab bola sepak yang dilihat penuh potensi serta mampu meraih keuntungan ini.
Baca Juga:
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
Dalam pada itu, syarikat teknologi terbesar dunia, Apple dilaporkan berminat untuk mendapatkan Manchester United. Mengulas dari segi kewangan, syarikat Apple dilihat tidak mempunyai masalah melibatkan dana selepas syarikat mereka dinilaikan sekitar $2 trillion (~RM8.91 trilion).
Nilai Manchester United pula dilaporkan sekitar $5 bilion (~RM22.28 bilion), walau bagaimanapun pemilik Manchester United berharap terhadap pembeli yang sedia mendapatkan kelab ini dengan nilai melebihi $9 bilion (~RM40.1 bilion).
Setakat ini, masih belum terdapat laporan lanjut mengenai pembelian Apple ke atas Manchester United. Walau bagaimanapun, melihatkan kepada jumlah peminat yang ramai bagi Apple dan Manchester United, tidak mustahil pembelian ini dapat direalisasikan di mana perlawanan Manchester United mungkin akan ditayangkan di Apple TV+ kelak.