Agak mengejutkan untuk mengetahui Apple telah melabur sejumlah wang yang besar kepada sesuatu syarikat yang menjalankan bisnes berkaitan automotif. Apa yang lebih mengejutkan Apple memilih untuk bersaing dengan Uber dengan melabur hampir $1 bilion USD kepada pencabar terbesar Uber di China iaitu Didi Chuxing.

Untuk pengetahuan anda, Didi Chuxing merupakan aplikasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Uber dan merupakan pioneer di dalam industri mereka di China. Tim Cook berkata pelaburan ini membolehkan Apple mengkaji pasaran automotif dengan lebih mendalam bagi pasaran China. Selain itu, Tim Cook berhasrat Apple dan Didi Chuxing bakal bekerjasama untuk sebuah projek yang lebih hebat di masa akan datang.

Apple yang sebelum ini dikaitkan dengan Tesla untuk menghasilkan sebuah kenderaan elektrik dengan teknologi pandu sendiri, kemungkinan akan beralih rakan kerja apabila mula melabur di dalam syarikat Didi Chuxing ini.

apple-unveils-carplay-11

Walaubagaimanapun, Apple CarPlay yang dihasilkan oleh Cupertino beberapa tahun lepas masih menjadi fokus dan sumbangan terbesar Apple bagi industri automotif. Tim Cook menambah ‘Ini apa yang Apple lakukan untuk industri automotif, kami sentiasa mahu menguasai masa depan’.

Adakah ini langkah awal daripada Apple bagi mewujudkan kenderaan pandu sendiri setanding Google? Sama-sama kita nantikan.

Sumber