Pada pada pagi tadi, Apple memperkenalkan barisan komputer riba berkuasa mereka iaitu MacBook Pro yang mana hadir dengan beberapa kemas kini menarik buat para peminatnya.

Apa yang anda boleh jangkakan pada kali ini adalah penawaran pilihan skrin yang lebih besar di samping cip yang lebih berkuasa. Anda boleh teruskan bacaan untuk mengetahui lanjut berkenaan MacBook Pro kali ini.

Baca Juga:

MacBook Pro

Sumber Gambar: Apple

Apple MacBook hadir dengan skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci dengan pilihan cip terbaru iaitu M3. Dengan ini, ia membolehkan pengguna melakukan pelbagai jenis tugasan berat seperti penghasilan grafik, suntingan video dan coding.

Malah, Apple mengatakan komputer riba baharu ini tampil 11 kali ganda lebih pantas berbanding MacBook Pro berasaskan Intel. Hal ini sekaligus menjadikan model ini antara pilihan terbaik bagi mereka yang masih belum beralih daripada model Intel terdahulu.

Sumber Gambar: YouTube

Perlu diingatkan, MacBook Pro dengan 14-inci akan ditawarkan cip bermula M3 sementara MacBook Pro dengan 16-inci pula hadir dengan pilihan cip bermula M3 Pro.

Selaras dengan pengenalan itu, Apple turut penggunaan warna baharu untuk MacBook Pro iaitu Space Black yang mana memang dinantikan ramai. Pilihan wanra hitam ini juga hanya esklusif untuk pilihan cip M3 Pro dan M3 Max sahaja.

Dari segi rekaan lain pula masih kekal seperti biasa namun membawakan penaik tarafan dari segi spesifikasi dan prestasinya.

Harga

MacBook Pro dengan cip M3 kini ditawarkan pada harga bermula RM7,499 untuk 14-inci dan pilihan skrin 16-inci pula hadir dengan harga bermula RM11,999 dan boleh mencecah sehingga RM15,999 untuk pilihan spesifikasi tertinggi.

Sumber