Baru-baru ini Apple telah mengesahkan sesetengah model iPhone 7 dan 7 Plus mengalami masalah mikrofon tidak aktif ketika pengguna membuat panggilan telefon atau facetime.

Bagaimanapun masalah ini hanya melibatkan kedua-dua model yang menggunakan iOS 11.3 dan ke atas sahaja. Masalah ini diakui mula terjadi beberapa bulan yang lepas.

iphone7_review_adam_3_home-100683668-orig

Apple menyarankan agar pengguna yang mengalami masalah ini untuk merujuk kepada staf teknikal di stor Apple untuk diperiksa dan dibaikpulih. Setakat ini masih belum dipastikan sama ada masalah ini disebabkan oleh masalah software atau hardware yang terdapat pada model ini.

Apple turut menambah sekiranya waranti sudah tamat tempoh, pengguna masih boleh mendapat pengecualian untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini Apple turut menerima aduan mengenai unresponsive touch dan telah pun diselesaikan melalui update iOS terbaharu.