Jika dahulunya khidmat pembayaran mudah alih yang disediakan Apple menjadi pilihan utama, kini Samsung Pay pula mula mendapat perhatian ramai kerana tampil lebih menarik menerusinya.
Terbaharu, seorang pengguna X bernama @XavierNaxa berkongsi tentang pengalamannya kini yang jarang menggunakan Apple Pay selepas memakai peranti Samsung.
Difahamkan kini dia lebih tertumpu kepada Samsung Pay kerana menawarkan mata ganjaran menarik. Menariknya, setiap kali pembayaran yang dilakukan akan diberi mata ganjaran lalu boleh ditebus untuk pelbagai benda.
Hantaran individu itu telah meraih perhatian ramai dan lebih mengejutkan lagi apabila majoriti netizen mendedahkan yang mereka sudah beralih ke Samsung Pay.
Syok pakai samsung pay. Kalau nak tengok wayang kat GSC,redeem je points untuk RM5. Banyak lagi kedai offer redeem https://t.co/EZ2y8RHxb4
— leencenzo decaf 🇲🇾 (@yirgacheffer) March 31, 2024
Im using samsung pay more than ewallet too now, since im able to connect my debit card again😆 banyaakk rm5 off voucher can be redeem https://t.co/56HlHVSpo3 pic.twitter.com/6xyYBZUW1T
— 🌸⁵와다⁵🌸 (@Rise_NUEST) March 30, 2024
Malah, mereka mengatakan sudah berjaya menebus mata ganjaran yang dikumpul dalam bentuk baucar untuk pembelian barangan harian dengan lebih murah seperti di myNews, Inside Scoop, GSC, Grab dan banyak lagi.
please gais yang guna Samsung, utilise the Samsung Pay points untuk redeem barang barang dekat Samsung Store! sangat lah berbaloi! I beli:
1. Tab S8+, tolak RM1.5K from the original price
2. Samsung Watch Band yang worth RM388, tapi paid for RM 3.88 (1% from the original price) https://t.co/6iM9m9Lj5P pic.twitter.com/mOMMWXUtdQ— aaagitueee (@shiawasehikari_) March 31, 2024
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan diskaun berganda apabila membuat pembelian barangan Samsung sendiri. Seorang pengguna berkongsi yang dia telah berjimat sebanyak RM1,500 untuk pembelian tab S8+ dan hanya membayar RM3.88 sahaja untuk Samsung Watch.
One of the reason lagi suka pakai samsung pat, sebab banyak point boleh kumpul then claim voucher. Apple Pay just guna untuk payment je without dapat apa apa extra rewards https://t.co/qC6n2y41BH
— 𝕏 (@ariefikmal) March 31, 2024
Ada yang berseloroh mengatakan Apple Pay terlalu ‘kedekut’ untuk memberikan ganjaran seperti yang dilakukan oleh pihak Samsung. Sebahagian netizen turut menunjukkan minat mahu membeli peranti Samsung kerana penawaran mata ganjaran yang lumayan.
Berdasarkan semakan kami, program ganjaran Samsung ini mempunyai beberapa peringkat yang mana memberikan mata ganjaran yang lumayan. Lebih banyak anda berbelanja, maka lebih banyak mata ganjaran yang boleh dikumpulkan.
Jadi, adakah anda akan menyertai platform Samsung seperti yang dilakukan oleh pengguna lain?