Pembayaran secara cashless sudah menjadi satu praktis biasa buat pengguna pada hari ini. Ini termasuklah menggunakan ciri NFC pada telefon pintar atau pun jam tangan pintar di kedai-kedai atau perkhidmatan di luar sana.
Menerusi perkongsian portal Lowyat.Net, pilihan membeli token menggunakan kad bank di stesen MRT telah berjaya dikesan oleh beberapa pengguna. Perkara ini sekaligus menarik perhatian sejumlah pengguna lain yang turut menunjukkan minat terhadap adaptasi teknologi baharu ini.
Baca Juga:
- Razer Merchant Services Sedia Menawarkan Pembayaran Menerusi Apple Pay
- HSBC Malaysia Tawarkan Sokongan Apple Pay Kepada Pengguna Secara Rasmi
- Sudah Rasmi Boleh Digunakan, Pengguna Dilihat Bangga ‘Flex’ Apple Pay Di Media Sosial
Susulan itu, pihak Lowyat.Net telah pergi ke beberapa stesen MRT di laluan Kajang dan Putrajaya dan mendapati ada tersedia pilihan pembayaran menggunakan wang tunai dan kad bank. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna membayar dengan kad bank yang menyokong paywave atau pun NFC menerusi peranti.
Dengan ini, Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay sepatutnya sudah boleh digunakan untuk tujuan pembelian token di stesen MRT terpilih itu. Selain menggunakan kad bank fizikal, pihak Lowyat Net sendiri dilihat berjaya membeli token dengan menggunakan Apple Watch menerusinya.
Rapid KL dilihat senyap-senyap sedang menguji pilihan pembayaran baharu untuk MRT iaitu dalam bentuk kad bank, kad debit dan kredit. Buat masa ini, hanya stesen MRT dengan model mesin token layan diri tertentu di laluan Putrajaya sahaja yang menyokong ciri pembayaran dengan kad bank.
Menariknya, pengguna dikatakan boleh membuat pembayaran kad yang diisukan daripada Singapura. Para pengguna sudah pasti menyambut baik atas usaha pihak Rapid KL dalam menambah pilihan pembayaran kad bank untuk pembelian token yang dilihat jauh lebih fleksibel dan mudah.