Setelah sekian lama dinantikan, kini peminat boleh menarik nafas lega kerana iPhone 15 datang bersama pengecas USB-C. Meskipun ramai menyangka dengan pengenalan ini ia lebih fleksibel untuk platform Apple dan Android menggunakan kabel yang sama, lain pula di dalam realitinya.

Sejak pelancaran siri iPhone 15 pada minggu lalu, sebenarnya sudah muncul beberapa laporan berkaitan isu overheat terutamanya model versi Pro yang tampil dengan cip berkuasa tinggi tetapi memiliki sistem penyejukan yang tidak bagus.

Baca Juga:

Terbaharu, satu amaran telah diisukan berkenaan penggunaan kabel USB-C Android untuk tujuan pengecasan boleh menyebabkan model iPhone 15 alami masalah panas yang berlebihan.

Apple Store di Foshan, Guangdong telah memberi amaran kepada pengguna iPhone 15 untuk tidak menggunakan penggunaan kabel USB-C yang datang daripada peranti Android atau pun yang direka khas untuk platform tersebut.

Hal ini kerana perbezaan dalam susunan pin di antara kabel USB-C Android dengan port dalam iPhone 15, di mana terdapat ruang kecil di antara barisan tunggal 9-pin dengan 11-pin.

Menurut kedai tersebut, perbezaan pin ini boleh menyebabkan iPhone 15 menjadi terlalu panas dan mungkin akan merosakkannya.

Malah, dilaporkan beberapa Apple Store eksklusif lain di negara itu turut mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna. Dalam pada itu, timbul kritikan oleh sesetengah pihak yang berpendapat Apple mahu menggalakkan pengguna iPhone 15 untuk membeli kabel USB-C yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Perkara ini ada benarnya juga kerana dari aspek bisnes membolehkan Apple mengaut keuntungan dengan menyediakan kabel tersendiri berbanding membenarkan penggunaan kabel USB-C yang sudah ada di rumah masing-masing.

Sumber