Seperti yang ramai ketahui, peminat tempatan sudah boleh membuat tempahan siri iPhone 15 secara dalam talian menerusi laman rasmi Apple dan juga laman pengedar rasmi di Malaysia.

Di dalam kemeriahan orang ramai merebut peranti yang diidamkan, siapa sangka model paling termahal iaitu iPhone 15 Pro Max kini didapati sudah habis ditempah oleh peminatnya di laman Switch.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Switch

Lebih mengujakan, kesemua variasi warna dan pilihan storan yang ditawarkan pada barisan Pro Max kali ini turut sudah ketiadaan stok. Untuk makluman, iPhone 15 Pro Max dengan pilihan storan 1TB kini dijual pada harga mencecah RM8,499 sekaligus menjadi model paling termahal yang ditawarkan oleh Apple setakat ini.

Melalui pemerhatian sebentar tadi, Pro Max yang sudah habis ditempah tetapi model lain masih tersedia buat mereka yang berminat. Penghantaran pula akan mengambil masa 3 hingga 5 hari. Siri iPhone 15 bakal tersedia secara rasmi di kedai terpilih bermula 29 September.

Dengan penawaran beberapa ciri menarik yang ditawarkan seperti penggunaan USB-C, binaan titanium aloi, cip A17 Pro dan penaik tarafan lensa optikal zum, tidak hairanlah model ini jadi rebutan para peminat pada kali ini.

Sumber