Lama dinantikan peminat Apple sejak mulai diumumkan, akhirnya peminat Apple di Amerika Syarikat berpeluang membuat mendapatkannya bermula 2 Februari ini.

Berdasarkan laman rasmi Apple, Apple Vision Pro bakal ditawarkan dengan tiga saiz storan yang berbeza iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, mereka yang mahu membuat tempahan awal pada Apple Vision Pro boleh melakukannya menerusi laman rasmi Apple serta perlu membuat imbahan wajah secara Face ID menerusi iPhone atau iPad.

Mengulas mengenai harga, Apple Vision Pro 256GB ditawarkan pada harga $3,499 (~RM16,494), model 512GB pula hadir dengan harga $3,699 (~RM17,437) manakala model 1TB ditawarkan pada harga $3,899 (~RM18,380).

Setakat ini, Apple Vision dilaporkan hanya ditawarkan buat pasaran Amerika Syarikat dan akan diperluaskan ke pasaran Eropah.

Menjelang pembukaan Apple Store pertama Malaysia di bangunan TRX, tidak mustahil para pembeli boleh mendapat produk dengan harga premium daripada Apple ini secara terus menerusi Apple Store.

Sumber