Aprena Manrose tampil menjawab kritikan ke atasnya tentang gambar yang memperlihatkan dia buka tudung.

Aprena menjadi subjek kritikan segelintir pihak kerana dia dikatakan ‘on’ ‘off’ dalam memakai tudung.

Jawab tentang buka tudung

Isu itu muncul ketika beberapa artis wanita turut kembali ke penampilan tidak bertudung mereka.

Menurut pelakon itu, dia menganggap tindakan membuka tudung itu sebagai satu ujian buat dirinya.

Bercakap pada mStar, Aprena Manrose menyatakan dia tidak berani mahu mengulas lebih lanjut perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Aprena Manrose tak dapat puaskan hati semua

Ini kerana pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya. Bagi Aprena dia tidak akan pernah memuaskan hati semua orang

Aprena Manrose akui bertudung menutup aurat itu adalah wajib di sisi agama. Namun dia menjelaskan sebagai manusia biasa dia juga tidak lari daripada kesilapan.

Dia berkata: “Saya tak berani untuk cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati.

“Pakai tudung itu wajib tetapi saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.”

Dia kemudian menyatakan bahawa dia ada ujian tersendiri dalam hidupnya.

Aprena menambah: “Saya juga ada ujian saya sendiri.”

Dia menegaskan bahawa isu tersebut menjadi bualan ramai kerana dia artis terkenal.

“Mungkin sebab saya orang kenal, jadi mereka ambil berat. Mereka sebenarnya tidak tahu apa saya lalui. Ya, buka tudung bukan alasan untuk hindar daripada masalah, berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri.”

Seterusnya Aprena Manrose juga tidak menolak kemungkinan, kerana sudah tak terbiasa pakai tudung sejak kecil, maka dia menganggap memakai tudung ini adalah perkara yang baharu dalam hidupnya.

Aprena tetap bersyukur kerana menurutnya masih ramai yang mendoakannya agar terus berubah menjadi lebih baik.

Dia menegaskan bahawa pengikutnya di Instagram rata rata memberikan komen dan semangat yang positif kepadanya.