Tular sebuah video di akaun TikTok @naaxminsgv memaparkan seorang individu didakwa berdoa di tanah suci Mekah agar dijodohkan dengan panyanyi K-pop yang sekaligus menjadi bualan netizen di luar sana.

Video media sosial TikTok tersebut dimuat naik semula di akaun Twitter dan menjadi viral kerana gadis itu menunjukkan telah menyunting fotonya bersama penyanyi K-pop terkenal itu sambil berdoa di hadapan Kaabah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@naaxminsgv/video/7156928320771312922?_r=1&_t=8WnPdyEbd3q&is_from_webapp=v1&item_id=7156928320771312922

Ramai netizen memberi komen mengenai gambar tersebut kerana tidak menghormati tanah suci Mekah dan menganggapnya sebagai sebuah perkelakuan yang sia-sia sahaja.

Netizen mengkritik perkara yang dilakukan adalah ‘too much’ dan menganggap gadis itu melepaskan peluang untuk berdoa serta melakukan benda yang lebih mendatangkan manfaat dan kebaikan.

“Kalau kita islam kita boleh fikir mana betul mana salah kan? Tolonglah tak rasa berdosa ke dengan Allah? Fikir-fikir lah, saya pun stan juga tapi tak ada sampai terfikir nak buat macam ni, bukan nak tunjuk baik atau sebaliknya, yang saya pesan and tegur ni untuk peringatan diri saya juga,” kata seorang pengguna Twitter di ruangan komen tersebut.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen menyokong perbuatan gadis itu dengan mengatakan gadis itu hanya berdoa tentang keinginannya dan hanya Allah yang mengetahui niatnya.