Seorang artis Denmark telah diarah untuk memulangkan semula wang dana yang diberikan kepadanya untuk mengerjakan sebuah karya seni. The Guardian melaporkan artis terbabit adalah Jens Haaning, seorang artis konseptual yang mementingkan makna disebalik karyanya berbanding produk tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah adalah apabila karya yang dihantar hanya sebuah kanvas putih kosong dengan bingkai besar. Difahamkan bahawa makna disebalik karya tersebut adalah kuasa, ketidakadilan dan wang.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Lad Bible, dia telah diberikan dana sebanyak USD$76,256 daripada pihak Muzium Seni Moden Kunsten di Aalborg pada tahun 2021 untuk menyiapkan sebuah karya terbaharu berdasarkan topik tersebut.

Haaning turut diberi dana tambahan sebanyak USD$6,411 dalam bentuk wang kertas jika dia memerlukan dana tambahan untuk mencipta semula karya terdahulunya bertajuk ‘An Average Danish Annual Income’ dan ‘An Average Austrian Annual Income’ untuk satu pameran yang dipanggil ‘Work It Out’.

Bagaimanapun, pihak muzim terkejut apabila mereka menerima sebuah karya kosong sehingga menyebabkan mereka tertanya-tanya dimanakah karya seninya? Lebih lucu lagi, Haaning menamakan karya tersebut sebagai ‘Take the Money and Run’.

Pengarah Muzium Lasse Andersson memberitahu CBS: “Saya berada di luar negara apabila karya seni itu dibuka, tetapi tiba-tiba menerima banyak mel. Jens terkenal dengan seni konseptual dan aktivisnya dengan sentuhan humoristik. Dan dia memberi kami itu – tetapi juga sedikit peringatan kerana semua orang kini bertanya ke mana wang itu pergi?”

Pihak Muzium memutuskan untuk mempamerkan karya seni itu walaupun ia tidak mempunyai apa-apa, namun mereka memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila artis tersebut enggan memulangkan wang.

Bagaimanapun, Hanning dilaporkan telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar balik wang geran tersebut. Dia masih mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa dia sekurang-kurangnya perlu dibayar untuk ideanya.