Kolaborasi penuh adidas x Dragon Ball Z telah dipertontonkan kepada semua dan reaksi peminat adidas dan Dragon Ball Z terhadap koleksi ini mendapat reaksi yang pelbagai. Ada yang menyukainya dan ada yang tidak begitu bersetuju dengan pemilihan model kasut untuk siri kolaborasi ini.

Matthew Walsh, seorang sneakerhead tegar tidak menyukai rekaan koleksi adidas bersama Dragon Ball Z ini dan beliau hadir dengan konsep Dragon Ball Z versi beliau sendiri; menggunakan model kasut daripada Nike.

Menggunakan watak sedia ada pada koleksi adidas x DBZ, Matthew menambah beberapa lagi watak DBZ untuk lukisan konsep beliau; Master Roshi, Bulma dan Trunks. Kesemua kasut ini diwarnakan mengikut skema warna watak DBZ masing-masing.

Jika ditakdirkan kolaborasi Dragon Ball Z adalah bersama Nike, ini mungkin bentuk kolaborasi Nike X Dragon Ball Z. Mana satu pilihan anda? Kolaborasi bersama adidas atau kolaborasi konsep Nike ini?

dbz1

dbz2

dbz3

dbz4

dbz5

dbz6

dbz7

dbz8

dbz9

dbz10

dbz11

dbz12