Berkerjaya sebagai seorang artis sering kali dikaitkan dengan kehidupan yang cukup mewah.
Bagaimanapun perkongsian video di TikTok @aghafiz85 menarik perhatian dan mengubah perspektif ramai terhadap kerjaya sebagai seorang artis.
Baca Juga:
- Man Raja Lawak Derma RM50,000, Jual Kereta Dan Motosikal Demi Bantu Rakyat Malaysia
- ‘SOLD’ – Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak
- Kerajaan Cambodia Berang, Desak Uncle Roger Mohon Maaf Kerana Komen Makanan Mereka Tidak Enak
Menurut AG Hafiz, dia berasa pelik apabila sepanjang pergi tiga open house bersama Man Raja Lawak, mereka berdua hanya menaiki motosikal sahaja walaupun Man mempunyai kenderaan lebih selesa.
@aghafiz85 Jangan Pura2 kaya… #aghafiz #aghafizreact #motivation #hellobrother #pearlwords #katamutiara #motivasi #strongwords @Man RL empire
“Artis itu kerjaya, hidup kena sederhana. Jangan ikut sangat. Jangan malu kalau kita hidup miskin, tapi malu kalau kita pura-pura kaya.
“Kalau kita hidup susah pun, bukan ada orang datang hantar beras dekat rumah — jadi diri sendiri,” ujar Man Raja Lawak sambil memakai kain samping.
Perkongsian ringkas Man itu mendapat sokongan netizen dan berterima kasih kepadanya kerana mengingatkan orang ramai supaya tidak berbelanja lebih daripada kemampuan sendiri.


