Selepas Neelofa menarik diri sebagai pengacara program Meletop, pasti ada peminat yang merindui gandingan Nabil Ahmad dan juga Neelofa.

Terbaru, Nabil Ahmad memuat naik satu hantaran di Instagram (IG) miliknya memaparkan gambar dia dan isteri bersama Neelofa yang dilihat sedang sarat hamil anak keduanya.

Baca Juga:

'Asal Jumpa Je Mengandung' - Nabil Ahmad Selamba 'Bahan' Neelofa Buat Netizen Terhibur

“Asal jumpa je, preggy.” tulis Nabil di kapsyen gambarnya.

Kapsyen dimuat naik Nabil itu dibalas oleh Neelofa di Instastory miliknya yang ‘menasihatkan’ Nabil agar berhati-hati kerana risau akan ‘berjangkit’ dengannya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat Nabil bergurau senda dengan Neelofa.

'Asal Jumpa Je Mengandung' - Nabil Ahmad Selamba 'Bahan' Neelofa Buat Netizen Terhibur

'Asal Jumpa Je Mengandung' - Nabil Ahmad Selamba 'Bahan' Neelofa Buat Netizen Terhibur

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan hanya Nabil berani ‘bahan’ Neelofa seperti itu dan peminat mereka merindukan gandingan mereka bersama sebagai pengacara.