Dalam satu kenyataan terbaharu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 ialah sebanyak 5.75 sen seunit.

Nilai itu mengatasi penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%.

ASB Umum Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit
Sumber Gambar: Facebook Amanah Saham Nasional Berhad

“Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion.

“Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama,” petik kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan/ejen ASNB.