Siapa sahaja tidak kenal dengan tentara bawang Malaysia yang mana menjadi fenomena di peringkat global selepas berjaya membuat sejumlah individu dan organisasi menjadi ‘koyak’.

Baru-baru ini, seorang askar Israel memuat naik satu IG Stories yang mana meluahkan  kekecewaan terhadap pengguna internet Malaysia dan Indonesia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: IG

Dia mengelarkan pengguna internet Malaysia dan Indonesia sebagai paling rasis, paling jahat, dan paling hina yang pernah dijumpai sepanjang hidup. Yang lucunya, dia suruh netizen dari Malaysia dan Indonesia untuk mengingati Allah S.W.T kerana dilihat berkelakuan melampau.

Berdasarkan pemerhatian kami, dia berbuat sedemikian selepas akaun IG miliknya dihujani komen pedas oleh netizen dari kedua-dua negara berkenaan. Kini ruangan komen telah pun ditutup pada akaun tersebut kerana berkemungkinan tidak tahan dengan serangan psikologi yang dibuat oleh warga maya.

Sementara di platform X, warga maya tempatan merasa lucu apabila individu bergelar askar boleh merasa koyak dengan hanya beberapa ayat yang dilemparkan kepadanya.

Sumber Gambar: X @dragonforceio

Malah, ada warga maya juga mempersoalkan tindakan individu terbabit yang meminta ingat Allah S.W.T walhal mereka sendiri sanggup mengebom orang awam tanpa sebarang sifat berperikmanusiaan.

Sebagai pengetahuan, selepas lebih lima minggu zionis menggempur Palestin, kini angka kematian sudah mencecah 13,000 orang. Bukan itu sahaja, mereka sudah mengebom puluhan bangunan perlindungan orang awam seperti hospital, masjid dan sekolah.

Sumber