Tular  video askar marin lelaki Amerika Syarikat dimalukan oleh askar wanita Australia.

Dalam satu video dikongsikan di media sosial, seorang askar lelaki A.S telah dicabar oleh askar wanita Australia untuk mengangkat bebanan 15kg.

Peraturannya mudah, siapa yang gagal bertahan mengangkat bebanan tersebut dengan dua tangan di atas, maka akan kalah.

askar australia

Askar wanita Australia malukan askar marin A.S

Apa yang mengejutkannya, askar lelaki A.S tersebut kalah. Askar wanita Australia itu berjaya mengangkat bebanan tersebut dalam masa 5 minit 30 saat.

Askar wanita itu malah menari nari kecil meraikan kejayaanya menewaskan tentera marin A.S itu. Lihat video itu di sini:

Di ruangan komen ramai yang mempersendakan askar marin A.S tersebut.

Ada yang menyindir: “Betullah, askar A.S ni gah dalam movie sahaja.”

Namun ada juga yang menegaskan bahawa teknik yang digunakan askar marin tersebut adalah punca dia kalah.

“Askar lelaki itu dungu. Lihat, askar wanita itu ‘kunci’ lengan dia keluar. Sedangkan askar lelaki itu bengkokkan siku dia secara menegang. Ini definisi mati otak,” tulis netizen tersebut.

Ramai lagi yang mempersendakan askar marin A.S tersebut yang dimalukan seorang perajurit wanita dari Australia.

Ada yang pertahankan askar A.S

Seorang warga AS mempertahankan askar negaranya dengan  berkata: “Kamu saja nak buat kontroversi dengan benda ini.

“Rata rata askar marin A.S. akan mengalahkan rata rata askar Australia, terutamanya memandangkan kebanyakan mereka [askar Australia] adalah wanita atau hampir seperti wanita.

“Dan satu-satunya pengalaman mereka dengan pertempuran adalah apabila mereka terserempak dengan kanggaru betina yang mencari anaknya.”

Komen tersebut dibidas netizen lain yang mengingatkan bahawa askar A.S sebelum ini kalah dalam pertempuran di Vietnam. Jelas sekali lelaki tersebut jenis terlalu membanggakan askar negaranya.

askar wanita australia

Mereka juga meminta lelaki itu menyertakan bukti bahawa askar Australia adalah sebahagian besarnya wanita atau mereka yang seperti wanita.

Netizen kemudian menyindir bahawa, sudah menjadi tipikal sikap orang Amerika Syarikat, sentiasa merasakan diri mereka paling bagus dan sukar menerima kekalahan.