Teknologi kereta elektrik dilihat semakin berkembang dan mendapat tempat dikalangan pengguna. Pada kali ini, Aston Martin buat pertama kalinya melancarkan kereta elektrik berkuasa tinggi dengan kerjasama bersama Williams Advanced Engineering yang dinamakan sebagai Rapide E.

Dari segi rekaan, Aston Martin sekali lagi mengekalkan rekaan ikoniknya dalam menampilkan rekaan yang sudah sinonim terhadap jenamanya. Aston Martin turut menggunakan material carbon fiber pada beberapa bahagian untuk tampil lebih sporty dan moden.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Mengulas mengenai Aston Martin sudah pastinya prestasi enjinnya antara yang dinantikan. Melalui model elektrik ini, Aston Martin berjaya menyertakan enjin V12 dengan 602 kuasa kuda. Aston Martin Rapide E mampu memecut 0-100km/h dalam jangka masa kurang daripada empat saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum 250km/h.

Bateri yang digunakan pada model ini membolehkan Rapide E dibawa sejauh 322km untuk sekali pengecasan. Disebalik penawarannya sebanyak 155 unit, Aston Martin Rapide E sedia dibuka untuk tempahan dengan harga sekitar $200,000 (RM827,780.00) tidak termasuk cukai.

 

aston-martin-rapide-e-02

aston-martin-rapide-e-03

aston-martin-rapide-e-04

aston-martin-rapide-e-06