G-Shock merupakan antara jenama jam tangan yang terkenal dan memiliki peminatnya tersendiri.

Walaupun harganya agak mahal tetapi peminatnya tetap setia membeli keluaran koleksi terbaharu untuk dijadikan koleksi. Bagi anda peminat setia koleksi jam tangan G-Shock, anda harus dapatkan koleksi terbaharunya.

Untuk pengetahuan anda, Asus dan Casio tampil bekerjasama perkenalkan koleksi G-Shock edisi terhad. Apabila sebut edisi terhad, anda pasti tahu bahawa koleksi ini tidak banyak dan cukup istimewa.

ASUS-ROG-Casio-Gshock-B

asus-rog-gshock1

Model yang digunakan adalah G-Shock GA-100 yang telah diperbaharui dengan rekaan bertemakan ROG. Malah, model ini juga mampu tahan hentakan, kalis air sehingga 200 meter, penggera, pemasa dan memiliki kalendar sehingga tahun 2099.

Malangnya, harga jualan jam tangan ini masih belum diketahui dan jika anda berminat untuk mendapatkan jam tangan ini boleh layari laman sesawang ini. Anda boleh dapatkan ia esok dan anda harus ingat bahawa sebanyak 1,150 utas jam tangan sahaja yang akan dipasarkan.

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel tentang koleksi G-Shock yang mungkin anda berminat untuk beli. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

G-Shock Lancar Tiga Model Khas Sempena ‘Avengers: Endgame’

Casio Kongsi Gambar Rasmi Model G-Shock ‘Pure Gold’ Berharga RM293,500

Nabil Ahmad Labur Lebih RM60,000 Untuk Model G-Shock x Takashi Murakami?

Sumber