ASUS ROG Ally kini menjadi bualan internet kerana dilihat sebagai pencabar baharu bagi Steam Deck di dalam pasaran. Setelah lama dinantikan oleh para peminat di Malaysia, kini ASUS mengesahkan ia bakal ditawarkan pada Julai ini.

ASUS juga menafikan harga jualan yang dilaporkan sebelum ini dengan mengatakan harga jualannya akan memberikan kejutan yang baik kepada mereka yang ingin membeli ROG Ally.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB ASUS Republic of Gamers

ASUS ROG Ally ialah sebuah konsol PC yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme, memori 16GB RAM LPDDR5 dan storan SSD M.2 sebesar 512GB.

Dari segi paparan, konsol ini merumahkan paparan bersaiz 7 inci dengan resolusi Full HD dan sokongan refresh rate 120Hz dan dipadankan dengan pembesar suara yang menyokong teknologi audio Dolby Atmos Surround Sound.

Sumber Gambar: IGN India

ASUS ROG Ally juga tiba dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan daripada pelbagai platform. Dengan ini, ASUS ROG Rally akan menjadi sebuah komputer kompak dengan akses semudah di tangan sahaja.