ASUS Malaysia pada minggu ini mengumumkan bakal menawarkan dua buah model komputer riba berspesifikasi tinggi daripada siri ASUS ROG STRIX SCAR yang hadir saiz skrin 16-inci dan 18-inci.

Hadir dengan saiz skrin yang besar bagi sebuah komputer riba, model ASUS ROG STRIX SCAR 16 menggunakan paparan Mini LED manakala model dengan saiz skrin 18-inci menggunakan paparan IPS dengan refresh rate 240Hz.

Dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru dan berspesifikasi tinggi iaitu Intel Core i9-13980HX degan RAM DDR5 sehingga 64GB. Ruang storan pula dilengkapkan dengan storan SSD PCIe 4.0 1+1TB.

ASUS ROG STRIX SCAR 16 turut dilengkapkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4080 manakala model STRIX SCAR 18 ditawarkan bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090.

Para pembeli tidak hanya ditawarkan komputer riba semata-mata, malah turut diberikan bersama aksesori seperti ROG Backpack, ROG Fusion II 300 dan juga ROG Gladius III.

Mengulas mengenai harga, ASUS ROG STRIX SCAR 16 sedia ditawarkan pada harga RM13,999 manakala model ASUS ROG STRIX SCAR 18 hadir dengan harga RM18,999. Pra-tempahan bagi dua model ini sedia ditawarkan bermula 8 Februari sehingga 21 Feburari 2023 ini. Anda boleh membuat pra-tempahan dengan klik di sini.