Sebut mengenai komputer riba ROG dan TUF, pasti para gamer cukup mengenalinya. Konsisten menawarkan komputer riba berspesifikasi tinggi membuatkan model ini menjadi rebutan ramai.

Terbaharu, ASUS telah melancarkan sebuah promosi baru khusus buat para pembeli komputer riba gaming ROG dan TUF. Menariknya, setiap para pembeli berhak untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Buat para pembeli komputer riba ASUS ROG Zephyrus G16, hadiah terdiri daripada T-Shirt eksklusif ROG dan juga tempat meletak ais kiub eksklusif daripada TOG.

Pembeli komputer riba ASUS TUF Gaming F15 pula berpeluang untuk mendapatkan tuala gaming daripada ASUS TUF atau botol air ekslusif daripada ASUS TUF. Serius menarik!

Promosi yang dijalankan ini berlangsung dari sekarang sehingga 31 Oktober ini. Apa yang anda perlukan lakukan adalah ikuti tiga langkah mudah ini sahaja.

1. Membeli komputer riba gaming terpilih daripada ROG atau TUF
2. Hantarkan bukti pembelian Submit your application.
3. Para pembeli bakal menerima hadiah daripada ASUS seusai permohonan diterima.

Penerimaan hadiah tertakluk terma dan syarat sementara stok masih ada. Ketahui lebih lanjut mengenai promosi yang dijalankan serta model komputer riba yang tersenarai dengan layari laman rasmi ASUS.