Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa, pastinya anda cukup tahu di mana ASUS Malaysia sememangnya aktif dalam mengeluarkan komputer riba yang berbaloi buat para pengguna.

Terbaharu, jenama ini meneruskan konsistensi mereka dengan melancarkan ASUS Vivobook 16X yang dilengkapi dengan paparan OLED HDR beserta DCI-P3.

Baca Juga:

Menariknya mengenai model yang dilancarkan pada kali ini, ASUS telah menawarkannya bersama cip AMD Ryzen™ 5 5600H yang sekaligus memberikan prestasi yang lebih baik dan lancar buat para pengguna.

Selain itu, model ini turut dibantu oleh sokongan RAM 8GB tetapi boleh ditingkatkan kapasiti RAM menerusi slot SO-DIMM manakala storan yang ditawarkan pula adalah sehingga 512GB SSD.

Bukan itu sahaja, model ini turut tampil dengan keunikan yang membolehkan pengguna melaraskan monitor sehingga 180°. Rekaannya yang moden serta penawaran warna Quiet Blue yang menarik membuatkan model ini tampil berbeza di pasaran.

ASUS Vivobook 16X berjaya menawarkan kedua-dua di mana model ini dilengkapkan dengan paparan OLED. Oh ya, bersesuaian dengan musim pasca pandemik, ASUS turut menyertakan ASUS Antibacterial Guard pada model ini membantu dalam menghalang bakteria.

Bersesuaian dengan saiz yang cuma seberat 1.7kg, tidak lengkap rasanya jika model ini tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas. Menariknya, model ini berjaya ditawarkan dengan pengecasan sehingga 90W.

Dalam erti kata lain, pengguna hanya perlu mengecas dalam waktu yang singkat untuk penggunaan yang panjang. Serius menarik buat anda yang mementingkan masa serta produktiviti.

Harga

Berbincang mengenai harga, model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Quiet Blue dan Transparent Silver pada harga RM2,999. Kedua-dua model ini sedia untuk didapatkan secara rasmi bermula hari ini iaitu 12 Oktober.

Sekiranya anda mahukan sebuah komputer riba dengan saiz skrin 16-inci, hadir dengan saiz yang ringan serta mempunyai spesifikasi yang berbaloi untuk penggunaan seharian, mungkin ASUS Vivobook 16X antara yang berbaloi anda dapatkan.