ASUS selaku jenama terkemuka sekali lagi berkolaborasi dengan BAPE untuk menawarkan laptop edisi terhad buat peminatnya. Pada kali ini, ASUS dilihat berjaya menggabungkan elemen profesional dalam masa yang sama tampil lebih bergaya.

Pengumuman ini dibuat secara rasmi dalam satu acara khas yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi ASUS pada pagi semalam. Hasil kolaborasi ini, ASUS memperkenalkan model komputer riba edisi khas iaitu ASUS Vivobook S 15 BAPE Edition.

Baca Juga:

Spesifikasi

Sumber Gambar: ASUS

Dari segi spesifikasi, komputer riba edisi BAPE ini hanya ditawarkan dengan satu konfigurasi iaitu cip pemprosesan Intel Evo i9 Gen-13, RAM LDDR5 16GB dan storan sebesar 1TB. Bahkan, anda bakal menikmati paparan OLED 15.6-inci 2.8K 120Hz serta sistem audio terbaik hasil talaan Harman Kardon.

ASUS Vivobook S 15 BAPE EDITION ini datang lengkap bersama pelbagai koleksi aksesori edisi terhad bertemakan BAPE. Ini termasuklah beg komputer riba, tetikus, kotak dengan corak ikonik ‘camo’ jenama BAPE serta figura Baby Milo dan pelekat eksklusif yang hanya ditawarkan menerusi edisi terhad berkenaan.

Sumber Gambar: ASUS

Komputer riba bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Green Camo dan Cool Silver dengan kotak dan aksesori bertemakan warna Blue Camo.

Harga

Sumber Gambar: ASUS

ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE EDITION yang lengkap dengan aksesori edisi terhad ini bakal dijual pada harga RM6,499 sahaja. Malah, anda yang meminati model komputer riba kolaborasi ini boleh mula membeli di kedai atas talian ASUS dan dimaklumkan hanya ditawarkan pada jumlah yang sangat terhad.

Sumber