ASUS kini melancarkan model komputer Zenbook S13 OLED terbaru secara rasmi buat pasaran Malaysia. ASUS mengatakan model ini sebagai komputer riba OLED ternipis di dunia.

Difahamkan ia hanya seberat 1 kilogram dan setebal 1cm yang mana sekaligus muncul sebagai komputer ultra ringan dan ultra nipis terbaik yang ada di pasaran hari ini.

Sumber Gambar: Asus

Ini boleh dicapai kerana menggunakan tubuh yang diperbuat daripada bahan aluminium seramik plasma yang ringan. Walaupun ringan dan nipis komputer riba ini berjaya melepasi piawaian MIL-STD 810H.

Komputer riba ini bukan sahaja nipas malahan dilengkapi spesifikasi yang padu. S 13 OLED hadir dengan skrin 13.3″ OLED ASUS Lumina dengan resolusi 1800×2880 pixel.

Sumber Gambar: Asus

Skrin bernisbah 16:10 ini sememangnya optimum untuk kerja dan turut mencapai keterangan 550 nits yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500.

Terdapat pilihan cip sehingga Intel Core i7-1355U, memori 16GB LPDDR5 RAM, storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 63Wh yang menyokong pengecasan 65W. Hayat bateri sehingga 14 jam boleh dicapai dengan sekali pengecasan.

Selain itu, anda bakal menikmati kualiti audio yang cukup imersif kerana mempunyai sistem audio Harman Kardon yang menyokong Dolby Atmos. Sambungan internet pantas turut boleh dinikmati dengan sokongan WiFi 6E.

Sumber Gambar: ASUS

Menerusi Zenbook S13 OLED, ASUS meneruskan komitmen mereka untuk menghasilkan produk mesra alam dengan menggunakan bahan kitar semula termasuklah kotak pembungkusan yang disertakan.

ASUS Zenbook S13 OLED dijadualkan akan berada di pasaran pada bulan Mei dengan dua varian spesifikasi seperti di bawah.

Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i5-1335U, 16GB RAM, 512GB SSD – RM4999

Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD – RM5999

Dengan penawaran rekaan yang premium, spesifikasi yang mantap serta harga berpatutan, sudah pasti komputer riba ini menjadi pilihan utama untuk para pengguna di Malaysia.