Seorang atlet bela diri Israel, Haim Gozali yang tidak pernah berjaya ke UFC dan sudah pun bersara daripada sukan itu tahun lalu dengan rekod 15-6 telah bertindak menulis nama semua ahli sukan bela diri UFC muslim di salah sebuah peluru berpandu yang akan diletupkan di Gaza.

Antara nama-nama ahli bela diri Muslim bernaung di bawah UFC yang ditulis olehnya adalah Khabib Nurmagomedov, Belal Muhammad, Islam Makhachev dan Khamzat Chimaev. Gambar itu kemudiannya dimuat naik di laman Instagram peribadinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui reaksi di media sosial, kebanyakan mereka mengecam atlet Israel tersebut. Ada yang menyatakan bahawa dia akan kalah di tangan Khabib sebelum peluru berpandu itu sampai ke Gaza. Sebahagian pula menyatakan bahawa dia tidak akan berjaya melawan mana-mana atlet bela diri muslim.

Untuk rekod, ramai pejuang UFC termasuk Nurmagomedov, Muhammad, Makhachev dan Chimaev serta Javid Basharat telah tampil menyatakan sokongan mereka ke atas Palestin. Kebanyakan mereka menyiarkan mesej sokongan di media sosial, manakala sebahagian pula enggan meraikan kemenangan dalam oktagon.