Buli dalam sukan juga merupakan isu serius yang memberi kesan mendalam terhadap mental dan fizikal bagi seseorang atlet dalam mengharungi dugaan tersebut.

Mangsa buli sering kali mengalami trauma yang boleh mempengaruhi perjalanan karier mereka dalam bidang sukan.

Baca Juga:

Penerimaan mangsa buli terhadap pengalaman mereka adalah salah satu aspek penting dalam memahami kesan jangka panjang yang mungkin berlaku.

Dalam artikel kali ini, kita akan menerokai bagaimana pengalaman dan penerimaan mangsa buli dalam kalangan atlet muda yang  boleh mempengaruhi prestasi dan perjalanan karier serta faktor-faktor pemulihan dan pembinaan semula keyakinan diri mereka.

Perkongsian atlet muda menghadapi masalah buli dalam sukan

Atlet muda yang enggan namanya didedahkan mengakui pernah menjadi mangsa buli daripada segi fizikal dan mental.

Diminta untuk mencuci pakaian dan stokin, mengangkat barangan latihan ke stor, diejek dan ada ketikanya gurauan melampaui batas hingga dipaksa untuk bogel  adalah perkara normal buatnya.

Ternyata kesemua perkara tersebut terpaksa dilakukan atas dasar ‘menghormati senior’ dan nyata tidak disenangi atlet muda itu.

Sekiranya ingkar dengan arahan-arahan tersebut, pasti ada ‘hukuman’ diterima.

“Pernah sekali saya pernah diejek oleh rakan yang lebih senior dengan perkataan pedas seperti ‘kau tu tak layak ada dalam pasukan, kau ni beban jee dalam team dan kau ni kroni coach je’.”

Penerimaan terhadap masalah buli dihadapi

“Daripada segi penerimaan tu saya sahut sebagai cabaran , tunjukkan yang diri saya boleh pergi lebih jauh daripada mereka yang mengata atau mengejek kita tapi hakikatnya mereka adalah ‘nothing’

Meskipun secara peribadi menganggap ia sebagai cabaran, namun tersebut tetap mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membuli ini dalam apa jua niat mereka.

“Gejala buli ni tak sepatutnya ada di dalam sesebuah pasukan kerana ia akan lebih banyak mendatangkan perkara yang buruk kepada mangsa buli itu sendiri.”

“Selain dapat menjatuhkan imej dan semangat pemain, ia juga boleh diibaratkan sebagai penderaan mental mangsa apabila di buli dan dijatuhkan di dalam pasukan.”

“Apabila saya menjadi senior dalam sesebuah pasukan, saya tidak berminat untuk melakukan benda yang sama kepada pemain  muda kerana saya telah melaluinya dan merasainya serta tahu akibat yang akan terjadi oleh kes buli ini.”

“Sehubungan dengan itu, saya tidak menggalakkan buli dalam sesebuah pasukan kerana ia akan menyebabkan harmoni team hancur dan tidak baik,” tambah beliau lagi.

Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.

Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.

#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan