Sama ada anda sedang commute naik LRT, sesi gim, ataupun tengah gigih selesaikan tugasan di kafe kegemaran, wireless earbuds sudah jadi sebahagian daripada gaya hidup seharian. Kualiti audio yang padu bukan lagi satu kehendak, tapi satu keperluan.
Namun, dengan pasaran yang lambat dengan pelbagai model dan julat harga, pilihan manakah yang betul-betul solid dan tak membazir duit anda?
Bagi memudahkan anda, kami kumpulkan 5 wireless earbuds paling padu setakat ini yang wajib masuk dalam wishlist anda.
1. Sony WF-1000XM5 – ‘Raja’ Noise Cancelling Tanpa Tandingan
Sumber: Detik
Jika keutamaan utama anda adalah untuk ‘padam’ bunyi bising persekitaran seperti bunyi enjin pesawat atau suasana riuh tempat awam Sony WF-1000XM5 kekal memegang takhta.
• Kelebihan: Pembatalan hingar (ANC) tahap tertinggi, audio ‘rich’ dengan bass mendalam, rekaan lebih kompak berbanding model XM4.
• Sesuai Untuk: Pengembara, ‘digital nomad’, dan peminat audio berdefinisi tinggi.
2. Apple AirPods Pro 2 (USB-C) – Pengalaman Ekosistem Paling ‘Seamless’
Sumber: Digital Trend
Untuk pengguna tegar ekosistem Apple, tidak perlu fikir panjang. AirPods Pro 2 versi USB-C memberikan integrasi tanpa tandingan bersama iPhone, iPad, dan Mac anda.
• Kelebihan: Mod Adaptive Audio yang pintar, Spatial Audio dengan pengesanan gerakan kepala, serta port cas USB-C yang sejajar dengan standard terkini.
• Sesuai Untuk: Pengguna setia barangan Apple yang mementingkan kemudahan dan gaya hidup minimalis.
3. Bose QuietComfort Ultra, Selesa Untuk Pemakaian Jangka Panjang

Masalah biasa kebanyakan earbuds adalah telinga mula terasa sengal selepas pemakaian beberapa jam. Bose menyelesaikan masalah ini dengan siri QuietComfort Ultra.
• Kelebihan: Teknologi Bose Immersive Audio memberikan kesan bunyi 3D yang sangat realistik, ditambah dengan pad telinga yang amat lembut.
• Sesuai Untuk: Mereka yang kerap menghadiri mesyuarat dalam talian atau suka ‘marathon’ drama dan filem.
4. Sennheiser Momentum True Wireless 4, Kejelasan Audio Kelas Studio
Sumber: Sennheiser
Sennheiser sentiasa menjadi tanda aras buat mereka yang menghargai kejernihan bunyi vokal dan instrumen muzik berbanding sekadar bass yang kuat.
• Kelebihan: Menyokong audio resolusi tinggi (Hi-Res/aptX Lossless), profil bunyi yang seimbang, dan ketahanan bateri keseluruhan sehingga 30 jam.
• Sesuai Untuk: ‘Audiophile’ dan pencinta muzik yang mahukan perincian bunyi setaraf studio rakaman.
5. Nothing Ear (2) – Rekaan Transparent ‘Aesthetic’, Harga Tetap Mampu Milik
Sumber: Tech
Bagi anda yang mencari earbuds berprestasi flagship tanpa perlu mengoyakkan poket, Nothing Ear (2) menawarkan gabungan rekaan moden dan ciri-ciri cemerlang pada julat harga mesra pengguna.
• Kelebihan: Reka bentuk lutsinar yang sangat stailo, sokongan Hi-Res Audio, dan mod ANC yang boleh disesuaikan mengikut persekitaran.
• Sesuai Untuk: Golongan muda dan pencinta rekaan futuristik yang mahukan nilai ‘value-for-money’.
Panduan Membeli: 3 Aspek Penting Sebelum Anda Checkout
Sebelum membuat keputusan, pastikan peranti pilihan anda memenuhi kriteria berikut:
Penarafan Kalis Air/Peluh (IP Rating): Pastikan ada sekurang-kurangnya penarafan IPX4 jika anda kerap menggunakannya untuk aktiviti riadah atau sukan.
Kualiti Mikrofon: Amat penting untuk kejelasan suara sewaktu panggilan telefon atau panggilan video kerja.
Pengecasan Pantas: Ciri cas 10 minit untuk penggunaan sejam sangat membantu ketika anda dalam keadaan tergesa-gesa.
Setiap peranti dalam senarai ini mempunyai keunikan tersendiri mengikut keperluan dan bajet anda. Apa yang pasti, pelaburan pada audio yang berkualiti bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah menjadikan hiburan harian anda jauh lebih memuaskan.
Antara 5 pilihan di atas, mana satu yang paling menarik perhatian anda?