AutoDetailer Studio (ADS) merupakan peneraju utama dalam industri detailing premium di Malaysia dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun.

Baru-baru ini ADS membuka tirai era baharu dalam dunia perlindungan cat kenderaan — SPPF (Spray-on Paint Protection Film) — satu teknologi yang dibangunkan di Jepun.

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

SPPF merupakan filem pelindung semburan yang membentuk lapisan tanpa garisan, serta bebas pelekat secara terus pada cat kenderaan anda.

Pemilik kenderaan dapat merasai beberapa kelebihan penggunaan SPPF, antaranya adalah –

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

Paintwork Fusion Bonding — membolehkan ketebalan perlindungan yang boleh dilaraskan, kejelasan optik yang luar biasa, serta kesesuaian sempurna pada setiap kontur kenderaan.

Renewable Surface Engineering — lapisan atas SPPF direka khas untuk dipulihkan semula dari semasa ke semasa. Melalui pengilapan profesional atau penghalusan permukaan, kesan ‘swirl mark‘ halus, calar ringan, kesan tompokan air, oksidasi, dan kecacatan permukaan dapat dihapuskan.

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

Infinite Layer Technology — membolehkan lapisan pelindung tambahan diaplikasikan di atas sistem SPPF sedia ada. Ini mengukuhkan lagi perlindungan dan memanjangkan jangka hayat perlindungan cat kereta.

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

Hyper-flex Impact Absorption — SPPF diuji dalam dunia sukan permotoran, perlindungan filem mampu bertahan mengharungi hakisan melampau, kitaran haba tinggi, dan keadaan cuaca yang jauh menjangkaui tuntutan pemanduan harian.

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

Colour Engineering — SPPF membolehkan lapisan sistem cat tulen diperkenalkan di antara lapisan filem perlindungan. Teknologi ini boleh menyatukan formulasi cat asal kilang seperti sistem BASF daripada Porsche atau pilihan PPG daripada Ferrari ke dalam binaan lapisan SPPF.

AutoDetailer Studio Perkenal Teknologi SPPF Dari Jepun: Revolusi Perlindungan Cat Kereta Di Malaysia
Sumber Gambar: SPPF Malaysia

Aplikasi khas SPPF — SPPF meluaskan perlindungannya ke alam digital melalui Aplikasi SPPF.co, dengan memberikan setiap kenderaan satu identiti digital yang selamat. Pemilik boleh mengesahkan ketulenan sistem SPPF mereka serta mengakses rekod sahih bagi setiap lapisan, pembaharuan, dan detailing yang telah diaplikasikan dari semasa ke semasa.

SPPF Malaysia bakal dilancarkan pada separuh kedua 2026. Anda boleh layari laman web rasmi AutoDetailer Studio di sini, atau SPPF Malaysia di sini.

Pada masa sama anda boleh melihat perkembangan terkini menerusi media sosial ADS (Facebook/Instagram) dan SPPF Malaysia (Facebook/Instagram).